Monday, 10 December 2012

Pendidikan Pra-Sekolah

Pendidikan Pra-Sekolah

Mulakan pendidikan awal anak anda dengan menghantar mereka untuk mengikuti alam pra-persekolahan. Pendidikan pra-persekolahan ini kebiasaannya bermula ketika kanak-kanak berusia dari empat sehingga ke enam tahun. Walau bagaimanapun terdapat ibubapa yang mula menghantar anak mereka pada usia yang lebih muda. Selain daripada pendidikan akademik, kemahiran berinteraksi kanak-kanak pada tahap ini dapat membantu pembangunan sosial, emosi dan mental sebagai persiapan sebelum melangkah ke alam pendidikan formal.


Sebelum mendaftarkan anak anda di mana-mana pra-sekolah atau tadika, anda perlu memastikan bahawa pra-sekolah tersebut telah berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Negeri. Ini adalah untuk memastikan pra-sekolah tersebut beroperasi secara sah di sisi undang-undang dan diiktiraf sebagai pusat pembelajaran.


Layari senarai pautan di bawah untuk maklumat lanjut:

Saturday, 20 October 2012

Flash Powerpoint

Powerpoint di bawah adalah sesuai digunakan untuk membantu P&P cikgu-cikgu muzik di sekolah. Semoga ianya sedikit sebanyak menepati kehendak P&P anda.

   


   


'Powerpoint lain akan menyusul...' Terima kasih kepada rakan-rakan yang telah memberi sumbangan.

Thursday, 18 October 2012

Mari Mengenal Huruf

Slaid untuk ajar murid mengenal huruf...Harap dapat tarik minat murid untuk mahir dan kenal huruf a hingga z.


Apa itu Prasekolah?


Apa itu Prasekolah?

MATLAMAT PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Pendidikan prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.

OBJEKTIF PENDIDIKAN PRASEKOLAH
  • Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi warganegara yang patriotik,
  • Menggunakan Bahasa Melayu dengan betul dan memperkembangkan kemahiran berbahasa dan berkomunikasi,
  • Menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua,
  • Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian berasaskan ajaran agama,
  • Mempunyai kemahiran kognitif untuk berfikir dan menyelesaikan masalah,
  • Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial,
  • Mempratikkan amalan kesihatan dan keselamatan yang baik,
  • Mempunyai daya kreativiti dan estetika untuk menghargai keindahan alam dan warisan budaya.
KONSEP PENDIDIKAN PRASEKOLAH
Merupakan pendidikan yang tidak formal dan fleksibel. Kaedah pembelajaran dan pengajarannya menggunakan pendekatan belajar melalui bermain. Aktiviti yang dirancang menitik beratkan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh, bersepadu dan seimbang. Di samping menekankan aktiviti yang boleh merangsang naluri ingin tahu, mengukuhkan kordinasi motor kasar dan halus, menggunakan daya kreatif, memupuk semangat bekerjasama, sifat hormat-menghormati dan berdisplin bagi menyediakan mereka mengikuti pembelajaran dan pengajaran yang lebih formal di sekolah rendah.

VISI
"Pengurusan Pengurusan Pendidikan Prasekolah Bertaraf Dunia"

MISI
Membangunkan Sistem Pengurusan Pendidikan yang Bertaraf Dunia bagi Memperkembangkan Potensi Individu Sepenuhnya dan Memenuhi Aspirasi Negara.